Sunday, January 29, 2012

Sg Congkak, Hulu Langat

 Hai rakan-rakan! *melambai-lambai*

Hari ini, aku tiba-tiba ingin mengarang dalam bahasa ibunda. Sungguh lama agaknya aku tidak menulis sebegitu rupa. Kita tidak harus lupa bahasa kebangsaan kita sebab itu adalah suatu kebanggaan. Kita boleh mengumpat di depan-depan mat salleh dan orang lain yang tidak mengerti. Chey, mengerti.

Semalam bersamaan dengan Sabtu, saya dan rakan-rakan telah pergi ke Sg Congkak untuk sesi memanggang. Mula-mula ada tiga orang sahaja yang bersetuju untuk pergi, tetapi kami dapat menjemput 5 orang lagi pada malam hari Jumaat dan seorang pada Sabtu pagi itu sendiri.

Janji dalam pukul 9-10 pagi hendak pergi, tetapi biasalah janji kita orang Malaysia kadang-kadang terlajak dari perahu. Sampai di sana pada pukul 1 petang. Hebat. (Jam teruk di Ampang disebabkan oleh sesi pembahagian BR1M sedang dilakukan)


Sekiranya kamu berminat hendak ke sana, kamu kena bayar RM3 untuk parking (tempat letak kereta seems so long) dan RM1 seorang untuk bayaran masuk. Sila lah bayar dan tidak payah gaduh dengan pakcik/makcik yang minta duit untuk fees tersebut. (Takut ada orang kiasu pula kan taknak bayar)

Jejaka-jejaka yang menyediakan semua. Saya terus berendam dalam air macam seekor dugong atau badak.
 Ini adalah pertama kali saya menjejak kaki ke sini walaupun saya pernah pergi ke jirannya, Sg Gabai dalam 3 tahun berturut-turut. Sg Congkak menpunyai sungai dan jalan-jalan yang agak rata kalau dibandingkan dengan Sg Gabai yang kena naik tangga tinggi dan curam untuk mendapat tempat yang terbaik sehingga kaki terketar-ketar tak terkata.


Kami berjalan agak jauh dari tempat masuk untuk mendapat tempat yang bagus dan kurang orang. Sekiranya kamu hendak spend the night here pun boleh kerana ada beberapa chalet yang disediakan khas untuk itu.

Bukan berkelah namanya sekiranya tiada ini.
Kawasan sungai di tempat kami duduk adalah jernih, bersih dan sejukkk. Ia mengingatkan saya tentang kampung halaman saya di Long Pilah, Baram di Sarawak.

Brrrr
Salah satu topik yang diperbualkan adalah tentang betapa besar kaki seorang Kayan. Merujuk kepada gambar di bawah, itu adalah contoh terbaik kaki seorang Kayan. Jika dibandingkan dengan kaki seorang Land Dayak (He claims he is one), kakinya sangat lonjong. Kami telah menyimpulkan bahawa kaki di bawah adalah lebar kerana they are meant to adapt to walk on rocks along the river. Makes sense to you?


Perkelahan kami amat menyeronokkan walaupun ada spekulasi menyatakan bahawa Sg Congkak tidak selamat. (Google:  Sg Congkak tragedy) But come to think about it, semua tempat pun sama, semua tempat pun mempunyai peristiwa silam masing-masing. And because we can only plan but God decides on when we should leave this earth.


Begitulah cerita menarik (tak menarik pun, buat-buat menarik lah) saya tentang Sg Congkak. Jumpa lagi di penulisan yang seterusnya.

p/s: I hope my secondary school BM teacher does not read this. I was the first student ever to get 29/30 for Penulisan in her class before (I was a nerd and I am proud. Haha) and I won't think she'll give me that high score again if she reads this. LOL

0 comment(s):

Don't hesitate to say something here.I know you're tempted to :D

Feel free to write whatever you want. :) Good day everyone!